DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI
Pendidikan melalui jasmani di mana banyak
daripada objektif pendidikan dicapai menerusi aktiviti-aktiviti jasmani yang
melibatkan otot-otot dan sendi. Ia merupakan program kegiatan fizikal yang
berpusatkan sekolah di mana kemahiran dalam sukan, tarian dan latihan lazimnya
diajar dan dilatih. Ada pula definisi yang mengatakan pendidikan jasmani
meliputi aktiviti-aktiviti tersebut yang bukan berpusatkan sekolah, misalnya
yang diadakan oleh pusat komuniti, persatuan belia dan sebagainya. Komponen
utamanya adalah aktiviti-aktiviti tertentu yang direka untuk pembelajaran.
Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang
bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait
rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan
dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik;
memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti
fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani
memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua
perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.
Barrow
(1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks ‘pengalaman pendidikan
menyeluruh’ dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu.
Baley
& Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan
organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik,
hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak,
Freeman
(1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal
dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif
dan afektif.
Lumpkin
(1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan
individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap
kecergasan yang tinggi.
Dauer
(1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program
pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui
pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan
keseluruhan kanak-kanak.
Pettior (1999) berpendapat bahawa Pendidikan
Jasmani menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan hidup aktif dan sihat dengan
menyediakan skop pengalaman-pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan.
Beliau menegaskan bahawa pengalaman tersebut seharusnya dapat meningkatkan
pembangunan dan penguasaan kemahiran motor, kecergasan dan pengetahuan
berasaskan kesihatan dalam menjadi aktif dan mengapresiasikan faedah aktiviti
fizikal.
Pendidikan Jasmani meliputi satu bidang yang
sangat luas dan tidak hanya terbatas kepada pengalaman dalam pengajaran dan
pembelajaran semata-mata yang diperoleh daripada kegiatan di padang sekolah
sahaja. Tetapi boleh dikatakan bahawa kegiatan yang tersusun dan melibatkan
usaha jasmani dan mempunyai unsur-unsur pendidikan dapat digolongkan dalam
bidang Pendidikan Jasmani.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_jasmani
KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KURIKULUM SEKOLAH.
1. Membangun dan meningkatkan tahap kecergasan pelajar melalui aktiviti fizikal.
2. Membangun kemahiran pergerakan asas, pergerakan kreatif,kemahiran sukan dan gimnastik.
3. Memberi kefahaman kepada pelajar tentang keselamatan diri dan orang lain, alatan dan tempat aktiviti.
4. memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali diri sendiri dan mengamalkan penjagaan kebersihan diri.
5. menyemai sikap bergiat cergas seumur hidup dalam kalangan pelajar.
6. memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar untuk membolehkan mereka mengamalkan Gaya Hidup Cergas dan Gaya Hidup Sihat.
7. Mengetahui isu-isu Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan dan sukan yang mempengaruhi hidup seharian.
8. Untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sumber: Wee Eng Hoe. (2009). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan edisi kedua. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd.